Maklumat album Alyah_(album)

Album studio ketiga penyanyi Alyah ini telah dilancarkan selama tiga hari berturut-turut bermula 15 November sehingga 17 November 2008 bertempat di Avillion, Port Dickson, iaitu sebuah resort percutian terkemuka di Malaysia. Para wartawan menyifatkan majlis pelancaran album Alyah tersebut sangat mewah kerana selain dilancarkan tiga hari berturut-turut, penyanyi popular seperti Dato' Siti Nurhaliza dan Mawi sekalipun belum pernah melancarkan album di tempat tersebut.[1]